Sunday, November 16, 2008

imej mpp tercalar??hmm...

Salam..
hye every1..just wanna share wif ol of u..wat i read just now..ish3..
here u go..

KEWUJUDAN Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seharusnya menjadi wadah kecemerlangan mahasiswa pada masa depan, malangnya kontroversi dikatakan mula menghambat persatuan ini dengan pelbagai tuduhan dan isu negatif.Antaranya, ahli MPP 'gila kuasa', pilihan raya kampus dijadikan pentas menyebarkan fahaman politik serta mewujudkan mahasiswa agresif. Natijahnya, imej MPP tercalar.

Lebih buruk lagi apabila segelintir masyarakat mengaitkannya sebagai penyumbang pertelingkahan, pergeseran serta pencetus konflik di kalangan mahasiswa hingga menggugat keharmonian kampus.Fungsinya pula sudah semakin terhakis dan kepimpinan MPP didalangi campur tangan pihak tertentu hingga ketelusan sebenar diragui.

Dengan kata lain, MPP hanya dipergunakan bagi kepentingan orang lain.Persoalannya, benarkah tanggapan itu? Adakah MPP sudah hilang hala tuju serta terkeluar daripada perjuangan sebenar memperjuang dan membela kebajikan warga kampus.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Dr Nasuddin Othman, berkata mengaitkan MPP dengan tanggapan negatif bukan saja 'membunuh' masa depan mahasiswa dan institusi malah menggagalkan usaha melahirkan golongan berani, penuh ketrampilan serta berkeyakinan pada masa depan.

Menurutnya, tidak wajar mengatakan ahli MPP lupa diri sebaik saja memegang tampuk pimpinan kerana pemilihan mereka disertakan tanggungjawab besar bersesuaian perjuangan manifesto sepanjang tempoh pilihan raya."Saya sedih apabila ada pihak menganggap MPP ini sebagai batu loncatan untuk hidup senang atau mencapai cita-cita peribadi. Tanggapan itu salah dan wajar diperbetulkan. Ini soal maruah institusi dan mahasiswa keseluruhannya."Ia bukan saja memburukkan nama mereka yang tidak bersalah malah merencatkan usaha dilakukan institusi selama itu demi melahirkan generasi pemimpin masa depan.

"Jika kemampuan itu dipersoal, tidakkah akan menimbulkan keraguan pada masyarakat?"Saya tidak percaya MPP yang dipilih oleh mahasiswa bersikap tidak telus. Mereka ada manifesto masing-masing dan perlu memperjuangkannya, mana mungkin digunakan bagi kepentingan sendiri," katanya.Saban tahun pilihan raya kampus bagi memilih wakil MPP di IPTA dicemari pelbagai isu apatah lagi jika ia membabitkan IPTA panas. Sama ada calon pro mahasiswa atau aspirasi, masing-masing cuba membawa manifesto meraih kepercayaan pengundi.Malangnya, tempoh berkempen dibenarkan disalah guna hingga memaksa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) membuat pendekatan baru iaitu memberi kuasa kepada IPTA masing-masing menentukan tarikh pilihan raya sendiri bermula tahun ini.

Mengulas pandangan masyarakat yang mendakwa MPP sudah tidak relevan memperjuangkan nasib mahasiswa, Dr Nasuddin berkata, masyarakat seharusnya memberi sokongan, bukan tekanan."Saya kurang bersetuju jika MPP dikatakan sudah tidak relevan. Selama ini, jika bermasalah, siapa yang tampil menghulurkan bantuan? Siapa tempat mereka mengadu, menyalurkan rasa tidak puas hati dan sebagainya?"Itu tujuan utama MPP ditubuhkan iaitu menjaga kebajikan. Mereka bertindak sebagai orang tengah menyalurkan permasalahan kerana itu pentingnya sikap saling bekerjasama, menyokong, mempercayai dan tolak ansur. "Bukan semua perancangan berjalan mengikut aturan, mesti ada kelemahan. Bagaimanapun ini bukan alasan menempelak MPP dengan melulu. Jika ada rasa tidak puas hati, gunakan saluran betul seperti perbincangan. Mereka juga ada perasaan dan tidak wajar diperlekehkan tanpa sebab," katanya.

Ditanya mengenai sumbangan MPP dalam institusi masyarakat, beliau berkata ia perlu dinilai dan dilihat secara menyeluruh tanpa dibandingkan dengan persatuan atau kelebihan orang lain."MPP seharusnya dilihat wadah terbaik melahirkan golongan prihatin, berkeyakinan, bercita-cita tinggi dan berani. Pandangan ini perlu diperhalusi menerusi sudut positif."Nilai inilah kualiti yang patut ada pada diri bakal pemimpin negara dan organisasi. Jika masyarakat mempertikaikannya dengan membuat andaian atau sekatan, bagaimanakah kualiti ini dapat dicungkil serta dikembangkan?"

Setiap organisasi yang ingin membangun sudah tentu ada kepincangan, tapi bukannya tidak boleh diperbaiki. Pendapat saya, jika benar MPP ada cacat cela, cari jalan penyelesaian secara baik dan profesional bukannya mengikut emosi," katanya."Saya tetap optimis MPP masih boleh menjalankan fungsinya dengan telus. Masyarakat berhak bersuara, yang penting MPP tahu hala tuju perjuangannya," katanya sambil mengakui sukar mengekang persepsi masyarakat kerana ia hak individu.

Bagaimanapun, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Hafizuddin Abirerah, mendakwa wujudnya ketidakadilan sewaktu kempen atau pilihan raya menyebabkan ramai pihak mula mempertikaikan kewibawaan serta kepentingan MPP.SMM berpendapat, mahasiswa wajar diberi hak membuat pilihan tanpa wujudnya ugutan atau dipengaruhi unsur politik melampau hingga menakutkan mereka."Proses itu sepatutnya berjalan adil dan seimbang, namun hanya golongan tertentu dapat keistimewaan. Ini sudah tentu tidak adil dan SMM berasa berhak bersuara."Perjuangan SMM adalah membawa pelbagai agenda kampus ke peringkat nasional bagi menjaga kebajikan mahasiswa dan pastikan MPP tidak mengambil kesempatan."Sesiapapun mempunyai hak bersuara. Bagaimanapun, SMM mendapati aspek ini seolah-olah diketepikan, jadi jangan salahkan masyarakat jika mereka melemparkan andaian buruk."Teguran dan kritikan bertujuan memperbaiki bukan menjatuhkan maruah, justeru jika ada yang mengatakan MPP sudah tergelincir daripada landasan sebenar, perlu mengambilnya secara positif supaya boleh diperbetulkan," katanya.


[hmm..mcm2 la skrunk neh..haish..]
ektly me interested to read diz bcuz its bout mpp or besh known as src in MMU..
oldo its bout ipta..just i hope ppl in MMU wil neva under estimate or think -vely bout src or mpp..
at least..neva before u noe da real thing..or da besh is..go n join..
n noe urself..wats ol dis bout..hmm..(hikhik..pepandai jerk me swuh korunk join..hikkz:P)

hmm..okai la..2b cont..

p/s: still many things to hupdate..
# my frens weds..
# tags by aida n kak ct..
# kak azra's n khei pakse me doing sumthin..

[haish..hopes dat i cn hupdate it asap..amin..may everything goes on smoothly]

No comments: