Showing posts with label info... Show all posts
Showing posts with label info... Show all posts

Wednesday, March 18, 2009

do u take gud care enaugh of ur health?mayb not..

Salam..2day dh 18th of Mac dh..
jap jerk kn..anyways, esk syerk xm..subject Global Marketing..
Hope dat i'll b able to ans ol da ques well..aminn..
doakn syerk yerk..
ektly..dok bcer stu blog tuh..pastuh jumpaq bende neh..
mmg menarik la..
dok kter cbokz ngn mcm2 n sgle kebizian melande kn..
ader kter dok pkiaq sal our health??mayb ader yg terlpe..
yerk la..nk kjar antaq asement..
bwat mcm lgk la.events..kn3..
sonyer..aper kter..take a look at diz chart..
pastuh amlkn sebek yg bley..
stdy is important..money is important..
tp klo x sehat..saket..ur health is not in a gud condition..x besh gakz kn..
so..health is da first..but..kter just mampu merancang..
meaning..kter usahan supaya kter sehat sentiase..but if dh "kun faya kun.."
u noe wat it means ryte..dh2..kne setle d unsetle..tata..

[da chart]

# esk midterms..
# jumaat ptg g kl pac..theater subject..
# sabtu ngn ahd TOT..
# senin mlm..OMG..smoger dpermudhkn sgke urusan..aminn..

-jujue-

Sunday, February 22, 2009

chair explode..heard of it??

Salam..
never heard of chair xploded??same here..
1st tyme in my life..but its ektly..3 tymes d..da same thing happened..
a teenage boy died bcuz of it..
pity huh??who shud b blame now??hmm..no comment..
read more at http://ohtidak.com/
just go tru da piccas k..


[a gas clinder inside it was said to bcum 1 of da factors]
wat do u think??dare to sit on this kind of chairs??huhu:P

n diz is other items wic is made from c****
its cheap but look at da consequences u hv to suffer..
think twice b4 u purchase any items..
for me..some items..its ok 2 bought it oldo its a lil expensive..
bcuz u cn keep it longer..use it safely..n da quality is der..
as i do said b4..
health is very important..
money is not dat important..
but without money oso its not gud..
u decide it..
[just click it..2 enlarge it okai:D]


till den..hopes dat..it wil help a lil at least for u people out der..
daa..

-jujue-

Friday, December 26, 2008

awal muharam...



[click for enlarge it k..or just open it up in a new tab..hikkz:P]




salam..hye frens..its end of da year d..not ony for da upcumin 2009..but for our Islam calander too..so..since Awal Muharam(Maal Hijrah)..is just around the corner..wud like to share wif u guys..the doa for end of year..n oso da doa for begining of the new year..may our new year..wud be better for ol of us..wif lots of new hope..n more fil up wif da happienes..insyaAllah..amin...


p/s:-ektly neh ader dlm draft..huhu..posting entry jerk lmbt cketz:P

Thursday, December 18, 2008

$i4pa PiLih4n T3m4n Hidup Mu, $4h4b4tKu??

Salam..
aper khabar kekawan semua..harap sehat2 hendaknyer..
sejak akhir2 neh..kebanyakkan kekawan skola rendah syer dh berkahwin..
cousie2 pong samer..
tp syerk..maseh pelajaran berada nombor satu..
insyaAllah..tp syerk manusia biasa..
oleh kerana itu..syerk just go wif da flow..
smoger dpermudahkn segala urusan syerk..amin...
neway..ader citer yg nk syerk share ngn kekawan semua..
syerk dpt citer neh drie sahabat syerk..
saudari Kamilah..trime kasih yerk..
smoger Allah memberkati Kamilah..syerk sendiri..
dan juge kekawan syerk..serta semua umat Islam di dunia neh..aminn..
di bawah neh la citer tersebut..siler2 la hayati yerk..
Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”Mak jawab, “dua-dua bukan..”Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.
“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan
kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”
Saya memintas, “Tak faham..”
Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
Secret Admire
“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
Adakah ia suatu diskriminasi?
“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..
Bukan luar biasa
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. . ”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.
”Redha
“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.
"semoge kiter sumer memperoleh yg terbek hendaknyer..aminn~"
-jujue-

Wednesday, December 17, 2008

Ch0cK TaLk$...

Salam frens..
just setle up ol my lil thingy just now..
alhamdulillah..setle gak akhirnye..
now..wanted 2 share sumthing wif u ol bout chocs..hikkz:P
Choch as medication???
Well.. Stdies hc shown dat choc triggers da release of feel-good endorphins(natural opiates) in da brain..
Researches hv even reported dat choc contains pharmacologically active substance dat hv da same effect as on the brain as marijuana.(pergh..dasat ok choc neh..)
Choc as a health food??
Choc contains very high levels of catechins-com-pounds dat act as antiocxidants..
just 25g of dark choc contains as much as 41mg of flavanols-da powerful antioxidants dat guard againts plaque build-up in artery walls..dats more antioxidants den a cup of green tea or an apple..
LIMIT UR INTAKE..
Choc cn b include in a healthy diet..as long as u r active n havin plenty of fruit n vege..
2 obtain da benefits without adding 2 much fat to ur diet..
limit urself 2 25g a day..
(bukey ker syerk neh??skali mkn dhler bnyk..hikkz:P)
and savour da flavour..
Der u go..ol bout choc da u hv 2 noe at least..
hehe..choc sngt la cheedap..bt b ware..
huhu..
dh2..kul bper dh neh..
at 1100am i'll b in JBS..
may everything goes on smoothly..
aminn~~


neh choc yg syerk mkn..
i din eat it alone k..share wif my ousemates laghik..
huhu..xkn nk mkn sumer kn..
nyumm..nyumm..:D

-jujue-

Sunday, November 16, 2008

imej mpp tercalar??hmm...

Salam..
hye every1..just wanna share wif ol of u..wat i read just now..ish3..
here u go..

KEWUJUDAN Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seharusnya menjadi wadah kecemerlangan mahasiswa pada masa depan, malangnya kontroversi dikatakan mula menghambat persatuan ini dengan pelbagai tuduhan dan isu negatif.Antaranya, ahli MPP 'gila kuasa', pilihan raya kampus dijadikan pentas menyebarkan fahaman politik serta mewujudkan mahasiswa agresif. Natijahnya, imej MPP tercalar.

Lebih buruk lagi apabila segelintir masyarakat mengaitkannya sebagai penyumbang pertelingkahan, pergeseran serta pencetus konflik di kalangan mahasiswa hingga menggugat keharmonian kampus.Fungsinya pula sudah semakin terhakis dan kepimpinan MPP didalangi campur tangan pihak tertentu hingga ketelusan sebenar diragui.

Dengan kata lain, MPP hanya dipergunakan bagi kepentingan orang lain.Persoalannya, benarkah tanggapan itu? Adakah MPP sudah hilang hala tuju serta terkeluar daripada perjuangan sebenar memperjuang dan membela kebajikan warga kampus.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Dr Nasuddin Othman, berkata mengaitkan MPP dengan tanggapan negatif bukan saja 'membunuh' masa depan mahasiswa dan institusi malah menggagalkan usaha melahirkan golongan berani, penuh ketrampilan serta berkeyakinan pada masa depan.

Menurutnya, tidak wajar mengatakan ahli MPP lupa diri sebaik saja memegang tampuk pimpinan kerana pemilihan mereka disertakan tanggungjawab besar bersesuaian perjuangan manifesto sepanjang tempoh pilihan raya."Saya sedih apabila ada pihak menganggap MPP ini sebagai batu loncatan untuk hidup senang atau mencapai cita-cita peribadi. Tanggapan itu salah dan wajar diperbetulkan. Ini soal maruah institusi dan mahasiswa keseluruhannya."Ia bukan saja memburukkan nama mereka yang tidak bersalah malah merencatkan usaha dilakukan institusi selama itu demi melahirkan generasi pemimpin masa depan.

"Jika kemampuan itu dipersoal, tidakkah akan menimbulkan keraguan pada masyarakat?"Saya tidak percaya MPP yang dipilih oleh mahasiswa bersikap tidak telus. Mereka ada manifesto masing-masing dan perlu memperjuangkannya, mana mungkin digunakan bagi kepentingan sendiri," katanya.Saban tahun pilihan raya kampus bagi memilih wakil MPP di IPTA dicemari pelbagai isu apatah lagi jika ia membabitkan IPTA panas. Sama ada calon pro mahasiswa atau aspirasi, masing-masing cuba membawa manifesto meraih kepercayaan pengundi.Malangnya, tempoh berkempen dibenarkan disalah guna hingga memaksa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) membuat pendekatan baru iaitu memberi kuasa kepada IPTA masing-masing menentukan tarikh pilihan raya sendiri bermula tahun ini.

Mengulas pandangan masyarakat yang mendakwa MPP sudah tidak relevan memperjuangkan nasib mahasiswa, Dr Nasuddin berkata, masyarakat seharusnya memberi sokongan, bukan tekanan."Saya kurang bersetuju jika MPP dikatakan sudah tidak relevan. Selama ini, jika bermasalah, siapa yang tampil menghulurkan bantuan? Siapa tempat mereka mengadu, menyalurkan rasa tidak puas hati dan sebagainya?"Itu tujuan utama MPP ditubuhkan iaitu menjaga kebajikan. Mereka bertindak sebagai orang tengah menyalurkan permasalahan kerana itu pentingnya sikap saling bekerjasama, menyokong, mempercayai dan tolak ansur. "Bukan semua perancangan berjalan mengikut aturan, mesti ada kelemahan. Bagaimanapun ini bukan alasan menempelak MPP dengan melulu. Jika ada rasa tidak puas hati, gunakan saluran betul seperti perbincangan. Mereka juga ada perasaan dan tidak wajar diperlekehkan tanpa sebab," katanya.

Ditanya mengenai sumbangan MPP dalam institusi masyarakat, beliau berkata ia perlu dinilai dan dilihat secara menyeluruh tanpa dibandingkan dengan persatuan atau kelebihan orang lain."MPP seharusnya dilihat wadah terbaik melahirkan golongan prihatin, berkeyakinan, bercita-cita tinggi dan berani. Pandangan ini perlu diperhalusi menerusi sudut positif."Nilai inilah kualiti yang patut ada pada diri bakal pemimpin negara dan organisasi. Jika masyarakat mempertikaikannya dengan membuat andaian atau sekatan, bagaimanakah kualiti ini dapat dicungkil serta dikembangkan?"

Setiap organisasi yang ingin membangun sudah tentu ada kepincangan, tapi bukannya tidak boleh diperbaiki. Pendapat saya, jika benar MPP ada cacat cela, cari jalan penyelesaian secara baik dan profesional bukannya mengikut emosi," katanya."Saya tetap optimis MPP masih boleh menjalankan fungsinya dengan telus. Masyarakat berhak bersuara, yang penting MPP tahu hala tuju perjuangannya," katanya sambil mengakui sukar mengekang persepsi masyarakat kerana ia hak individu.

Bagaimanapun, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Hafizuddin Abirerah, mendakwa wujudnya ketidakadilan sewaktu kempen atau pilihan raya menyebabkan ramai pihak mula mempertikaikan kewibawaan serta kepentingan MPP.SMM berpendapat, mahasiswa wajar diberi hak membuat pilihan tanpa wujudnya ugutan atau dipengaruhi unsur politik melampau hingga menakutkan mereka."Proses itu sepatutnya berjalan adil dan seimbang, namun hanya golongan tertentu dapat keistimewaan. Ini sudah tentu tidak adil dan SMM berasa berhak bersuara."Perjuangan SMM adalah membawa pelbagai agenda kampus ke peringkat nasional bagi menjaga kebajikan mahasiswa dan pastikan MPP tidak mengambil kesempatan."Sesiapapun mempunyai hak bersuara. Bagaimanapun, SMM mendapati aspek ini seolah-olah diketepikan, jadi jangan salahkan masyarakat jika mereka melemparkan andaian buruk."Teguran dan kritikan bertujuan memperbaiki bukan menjatuhkan maruah, justeru jika ada yang mengatakan MPP sudah tergelincir daripada landasan sebenar, perlu mengambilnya secara positif supaya boleh diperbetulkan," katanya.


[hmm..mcm2 la skrunk neh..haish..]
ektly me interested to read diz bcuz its bout mpp or besh known as src in MMU..
oldo its bout ipta..just i hope ppl in MMU wil neva under estimate or think -vely bout src or mpp..
at least..neva before u noe da real thing..or da besh is..go n join..
n noe urself..wats ol dis bout..hmm..(hikhik..pepandai jerk me swuh korunk join..hikkz:P)

hmm..okai la..2b cont..

p/s: still many things to hupdate..
# my frens weds..
# tags by aida n kak ct..
# kak azra's n khei pakse me doing sumthin..

[haish..hopes dat i cn hupdate it asap..amin..may everything goes on smoothly]

Wednesday, October 15, 2008

terlalukah anda??hmm..

Salam..
just sumthing for u 2 noe..enjoy reading..hikkz:P

1. Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang... Urat sekitar kaki menjadi kembang.
(terhengat tyme asembly dedulue tyme skolah la plak..hikkz:P)

2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.
(maknenyer x buley ngadap lappie lelamer la neh yerk..ngehehe:P)

3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat.
(lelaghie yg wearing heels...atoi la..)

4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah.
(tp klo dh suker tgk cemaner kn..hikkz:P)

5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh!
(jauh jodoh??ngahaha:D no komen..)

6. Terlalu banyak ketawa/gembira - merosakkan usus.
(neh klo kak ain bcer neh..ngehehe:P)

7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati... Cepat kelihatan tua.
(idop neh kne heppie..)

8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa... Kulit muka cepat berkedut.
(pergh..jdk student kn bnyk pkiaq..abesh la..hmm..)

9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.
(jgn sedey2 yerk kekawan..x besh sedey2 neh..)

10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.
(hmm..ader ker??no komen..)

11. Terlalu takut - merosakkan ginjal... Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.
(we must b brave aways ok..brani krn benar..ngahaha:D)

12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu... Gejala pening kepala kerap dialami.
(hmm..bru jerk tdk kak amal tekejut bebnyk kli..hikkz:P..)

13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan... Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.
(erk??kekadang syerk neh bnyk gak mkn nyer..hikkz:P)

14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung...Badan menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda.
(abesh la..pasneh x buley minum 'milo ais tabur'..haizz..)

15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran... Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif .
(hmm..neh sesuai ntk sum1 yg suker ym syerk..pastuh dier ckp 'bosan2..isk..'..jgn mrh yerk..hikkz:P)

16. Terlalu banyak baca bloggie - nanti kjer x ciap.. Dah ... pegi sambung buat keje tu, jangan nak baca bloggie jerk.hikkz:P
(xderk la..maseh bebanyak cuz drop by 2 read my bloggie..ngee:D)

p/s:- xderk kne mengene ngn sesiape pong ok..hanya rekaan semate-mate..ngeee:D
(but der r sum dat i guess its true..amek la yg mner bek for u ol 2 follow k..)

Friday, October 10, 2008

im sorrie..truely sorrie..

assalamualaikum semua...

aper khabaq?hope so..bek2 hendaknyer..alhamdulillah..kter maseh laghie bernafas di dunia yg sementara neh..hmm..sebenarnyer..td syerk tlh dtego oleh seorang seniour syerk..nmpknyer syerk tlh lari drie fokus syerk..klo kwn2 ghajin bcer blog syerk..kwn2 mest pnh terbcer entry psl teka-teki imam al-ghazali kn..hmm..entry kli neh ader kaitannyer ngn entry yg tuh..

cukuplah hanya syerk sorunk jerk yg tau aper yg tlh berlaku..tp kt cneh syerk cumer nk amek kesempatan yg ader..untuk minta maap ngn sumer kwn2 syerk..mner la tau kn..
bak kater seniour syerk tuh.."kalo tito mlm neh..skali x terbangun puler esknyer"...
jadinyer..harap salah dan silap syerk harap diampunkn yerk..syerk hanyalah insan biaser..
mcm kwn2 gak..syerk pong x pnh lari drie bwat kesilapan..hmm..

okai la..cuber kwn2 renung2kn kater2 dbwah neh..yg bek tuh..jdknlah teladan yerk..
moger kwn2 sumer senantiaser dberkati oleh Allah swt..insyaAllah..

"jika kamu menyatakan sesuatu kebaikkan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan(orang laen), maka sesungguhnyer Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa"


"wateva u giv 2 life..it gives u bec..do not hate anybody..the hatred wic comes out from u..wil sumday cumbec to u..lurve others..n lurve wil cumbec to u..insyaAllah"


"hidup terlalu singkat untuk membenci"
<http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1192>

okai la kwn2..semoger ikatan ukhwah antara kiter yg terjalin..diredhai oleh-NYA..amin...
wslm~

p/s: maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatinfamin nafsi..

Thursday, October 9, 2008

MELAMINE ..

Salam everyone..
my fren...gimme diz email..bru jerk receive..hikkz:P
not sure its true onot..but just wana share it wif ol of u..
here u go..

Kebanyakan pinggan plastic di Malaysia dibuat daripada MELAMINE yang mengandungi "urea formaldehyde" dan sangat berbahaya kepada kesihatan. Urea Formaldehyde adalah sejenis bahan yang biasanya digunakan untuk membuat bekas barangan electric dan 'insulation' wayar electrik. Bahan ini amat berbahaya jika memasuki badan manusia. Ia boleh menyebabkan masalah sistem penghadaman, masalah pernafasan, batu karang, kegagalan buah pinggang, cancer pundi kencing dan kerosakan sistem pembiakan.

Kebanyakan restoran-restoran di Malaysia juga menggunakan pinggan jenis ini kerana ia tidak mudah pecah dan kelihatan cantik seperti pinggan ceramic. Mudah sahaja untuk mengenali pinggan mangkuk yang diperbuat daripada melamine. Pada kebiasaanya di bawah pinggan ini tertulis MELAMINE. Tetapi pinggan-pinggan melamine yang di buat di Thailand atau China selalunya tidak menulis perkataan ini di pinggan tersebut.. Mangkuk pinggan melamine dari Thailand adalah jenis paling berbahaya disebabkan bahan kimia yang terdapat dalam pinggan mangkuk tersebut sangat mudah 'leech out' ke dalam makanan kita, terutamanya jika makanan itu panas.

Oleh itu elakkan semua pinggan mangkuk plastik yg kelihatan berkilat seperti seramik, kerana ia kemungkinan besar adalah melamine. Selain itu, bahan MELAMINE ini juga boleh bertindak-balas dengan bahan makanan dan membentuk racun yang lebih berbahaya, iaitu melamine cyanurate. Bahan ini akan membentuk crystal seperti kaca yang boleh merosakkan salur darah dan buah pinggang. Baru-baru ini kecoh berita tentang pencemaran melamine di dalam susu kanak-kanak. Kira-kira 15 bayi telah mati dan beratus-ratus sakit buah pinggang di China disebabkan oleh bahan ini.

Pada tahun 2007 juga, telah kecoh di Amerika Syarikat kerana bahan melamine yang mencemarkan makanan haiwan peliharaan telah membunuh beratus-ratus binatang peliharaan. Ini adalah bahan yang SAMA digunakan di dalam pembuatan pinggan melamine. Pinggan-mangkuk melamine ini banyak dijual di pasaraya di Malaysia termasuk di TESCO, GIANT, MYDIN, CARREFOUR dan byk lagi. Untuk keselamatan, gunalah pinggan yg dibuat dari kaca atau seramik kerana bahan ini adalah sangat 'stable' dan tidak beracun. Banyak kerajaan di Eropah, New Zealand, kerajaan Amerika Syarikat, dan juga kerajaan UAE telah mengharamkan semua mangkuk pinggan yang diperbuat daripada melamine.

Baca lagi tentang melamine di sini: Melamine-tainted milk seized from China factory: http://www.nst. com.my/Current_ News/NST/Monday/ NewsBreak/ 20080915125202/ Article/index_ html <http://www.nst. com.my/Current_ News/NST/ Monday/NewsBreak /20080915125202/ Article/index_ html>

p/s:- ol da besh to whom yg ader xms tmrw..may Allah bless u aways:D

Friday, September 26, 2008

teka-teki..

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua
"Murid 2 = " Guru
"Murid 3 = " Teman
"Murid 4 = " Kaum kerabat
"Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185)

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
"Murid 1 = " Negeri Cina
"Murid 2 = " Bulan
"Murid 3 = " Matahari
"Murid 4 = " Bintang-bintang
"Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?
"Murid 1 = " Gunung
"Murid 2 = " Matahari
"Murid 3 = " Bumi
"Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

"IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia?
"Murid 1 = " Baja
"Murid 2 = " Besi
"Murid 3 = " Gajah
"Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka karena gagal memegang amanah.

"Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?
"Murid 1 = " Kapas
"Murid 2 = " Angin
"Murid 3 = " Debu
"Murid 4 = " Daun-daun
"Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

"Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
"Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

"sampaikanlah walau satu ayat"..

p/s:- trse dri ini masih tidak cukup serba serbi..masih bnyk yg perlu dperbetulkan..
klo ader kwn2 yg ternmpk syerk lalai..tlg tego yerk..maseh..:D
:- tidak ader sesiaper pong yg sempurna dlm dunia ini..yang sempurna hanyalah Allah..
subhanallah..




as promise..

Salam..
as promise..me nk share bout "sekasihati II" ryte..(neway..sorrie late hupdate bout it)
ok now shoot.."sekasihati II" ektly comes from 'seraut kasih dari hati'..
2 make it look shorter n easier 2 remember..so..its bcum "sekasihati II"..
but my fren den aka thenthang like to kol it as 'sesukahati'..hikkz:P
(jgn mrh yerk den..ampun..hikkz:P)
Its an event wer v break fast aka buke poser wif da one who in needs..
like d ank2 yatim or ibu tunggal or warga emas..etc2..
but for diz year..v dcide to do it for anak2 yatim in rumah tunas harapan semarak kasih..
its located in bemban,mlk..anyone wanna help them or wanna drop by..plz do so..hikkz:P
FYI,i am 1 off d komiti as well 4 diz event..gud experience though..
so..let sum of da pic tel u everything..here it goes..


hafiz helping da kakak to fold up our hamper wrapper
(panjang worr..ssh btol nk lipat..)
see2..our director..hazwan..oso hv to help..so do aida..
(me??im helping too ok..hikkz:P cumer xderk lam gambaq jerk)

da crowd..blurr cket la gambaq..xper la..layan jerk..

(ha..2 ol my fren..neh la den aka thenthang..hikkz:P..)

(me n kak amal..syomel kn..hikkz:P..wat kaler is my scarf??its pink..hikkz:P)
so,dat was it..owh2..nearly forgot..ektly..wanna put another 2 ppl pic..
wic is faizol n syafeeq..tp ssh btol nk amek gambaq depa..haizz..
its okai la..next tyme i will..plus another 'person' pic too..
xperla..xderk rezeki..hikkz:P
hope dat diz program will still continued next year..
cow..full stop..

Saturday, September 20, 2008

Peluang keemasan di bulan ramadhan..

Salam..
2day is ady 20th Sept..wic means 20 Ramadhan too..
wic means v ady near 2 ari ghayer too..hikkz:P
(near to final xms too..aiyark..x abesh stdy laghie neh)
but dun 4get dat v r now in da last 10 days zone of ramadhan..
im sure ol of u ady noe bout "malam lailatul qadar"..
but me still wanna share sum info wif ol of u..
here izit..enjoy reading..

# Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya:" Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:" Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta
mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada
dosa-dosa yang telah lalu "

#Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya:" Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh
akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:" Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan
dalam malam ganjil. "

#Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya." Daripada Riwayat Mu'awiyah: Maksudnya:" Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar
iaitu malam ke-27. "

Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.
Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:
Maksudnya:" Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam
yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "


#Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan?

Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:

Maksudnya:" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah
keampunan-Mu untukku. "


Petikan dari :


FIQH & Perundangan Islam Jilid II Wahbah al-ZuhailiTerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.


Neway,wen im goin tru reading bout sum article bout malam lailatul qadar..


i found lil thingy dat make me a lil curious..here izit..feel free to read it..


http://www.e-bacaan.com/artikel_lailatulqadar.htm


p/s:-# any1 wanna share bout their opinion bout da acticle..plz do so..aprrec8 it:D


Friday, September 19, 2008

pink banana??

nmpk x??pink banana ryte??nper??x pcyer ker??jap2..



hah..neh yg dh zoom pnyer..pcyer x skrunk??hikkz:P



as wat u ady noe..i am pink freak..(cm x btol jerk ayt neh..hikkz:P)

plz ignore my grammar ok..blog jerk pong..huhu

so,weneva i found sumthin in pink..

i wil opkos share it wif u people..

abesh la to ol yg benci pink..hikkz:P

im soooo sorrie yer to ol yg not pink freak..


huhu..SMILE:D






weirdness..

Salam..
Do u think its weird?for me..yesh it is weird..
but its a true story..
da pic is ektly an indian baby gal dat hv 2 face..
pity her ryte..
1st thing dat strike into my mind is..
"how wil she undergo her life"
hmm..cant express it..speechless..
So..people out der n me too..
u shud thank Allah..
bcuz v r a normal human being..
without any 'weirdness'..
(saket cket2 tuh biaser la kn..haizz)
wil hupdate sumthing bout pink thingy..sper x suker pink??nseb la..hikkz:P